Tips membesarkan payudara

Payudara adalah mahkota dan simbol kecantikan wanita. Tanpanya tidak lengkaplah kecantikan seseorang wanita itu. Ramai wanita sememangnya mengidamkan saiz payudara yang bersaiz mantap dan montok penampilannya.

Secara umumnya tuhan menjadikan payudara wanita dengan keadaannya begitu. Dengan tindakbalas hormon, payudara wanita memang secara semulajadi akan membesar sehingga satu tahap yang tertentu. Hormon estrogen adalah hormon yang banyak bertindak bila wanita mula mencapai tahap akil baligh. Ia bertindak memberi bentuk payudara yang besar dan juga tubuh sifat tubuh kewanitaan yang berbentuk buah pear.

Ada wanita yang bernasib baik memiliki genetik yang kuat seperti bangsa Arab atau Latin yang bertubuh besar dan mantap secara lahiriah. Wanita melayu juga tak kurang anggunnya. Ramai yang bertubuh menawan dan memiliki payudara yang montok. Namun ada juga yang masih tak puas hati. Sebenarnya anda boleh meningkatkan lagi tahap keanjalan dan saiz payudara jika kena dengan caranya.

Jika anda ikuti tips2 membesarkan payudara yang dikongsikan ini, anda mampu membuat sedikit sebanyak peningkatan dari segi penampilan payudara anda. Kata orang apa salahnya mencuba kan?

1. Gunakan bra (coli) yang sesuai.

Penampilan payudara sememangnya bergantung pada bentuk coli yang anda pilih dan pakai. Artis Malaysia yang agak sensasi dengan payudaranya ialah Zarina Anjoulie. Berikut ialah tips membesarkan payudara dari Zarina Anjoulie. Katanya “Girls pegi la Senza beli push up bra maximum double layer, Settle The battle.” Itulah petikan kata-katanya dari laman Twitter beliau.

Dalam kata lain, coli memainkan peranan penting. Carilah coli yang sesuai dengan payudara anda. Coli sememangnya mempunyai fungsi penting menyokong keanjalan payudara wanita. Sesetengah coli yang berkualiti tinggi memang mampu membuat payudara anda kelihatan lebih anjal. Jangan pakai coli yang sudah tidak sesuai atau sudah terlalu lama atau usang.

2. Senaman.

Fizikal yang sihat mampu memberi keseimbangan tubuh yang lebih baik. Kerana itulah aspek fizikal seperti senaman juga penting dan tidak boleh diabaikan. Senaman yang paling mudah seperti pumping sebenarnya boleh membina otot pektoral yang akan membantu menyokong payudara anda kekal anjal dan montok. Lakukan senaman ini secara sederhana tapi konsisten. Selain pumping ada beberapa teknik senaman yang bagus untuk membesarkan payudara.

Kalau anda ragu-ragu, sila rujuk dari pakar. Berdasarkan Kevin Zahri, seorang pakar kecergasan, senaman sememangnya mampu memberikan bentuk yang lebih mantap kepada payudara. Beliau mengajar teknik senaman khusus untuk payudara. Teknik ini boleh lah anda pelajari dari laman web beliau www.kevinzahri.com

3. Pembedahan silikon.

Kaedah pembedahan memasukkan silikon untuk membesarkan payudara sememangnya terkenal di kalangan artis barat. Kalau anda terfikir tentang pembedahan pula, sabar dulu. Yang pertama kena selidik pasal hukum melakukannya. Cubalah tanya ustaz. Lagi satu kosnya pun boleh tahan. Paling utama, ia menjadikan barang anda tidak “asli”. Apapun, anda bolehlah baca perihalnya dari blog doktor Zubaidi di blognya www.drzubaidi.com

4. Krim payudara.

firming cream copy

Kalau anda mahu memiliki  payudara yang membesar dengan “asli”, gunalah krim payudara. Untuk penggunaan krim urutan, carilah krim yang sesuai dengan anda. Banyak krim payudara ada di pasaran pada masa kini dengan pelbagai jenama. Jangan terlalu gopoh membeli. Tanya dahulu pendapat dari sumber yang mantap dan cuba buat perbandingan. Jika kena caranya, penggunaan krim memang sangat membantu.

5. Kesihatan tubuh.

Wanita adalah makhluk tuhan yang sempurna. Mereka mempunyai hormon yang khusus dalam perkara yang tertentu. Kesihatan badan sangat berkait rapat dalam mengekalkan hormon kewanitaan secara semulajadi. Kerana itu, yang paling penting, anda kena dan wajib menjaga kesihatan anda secara lahiriah dan juga rohaniah.

Minda mestilah positif dan tenang dari kemelut permasalah hidup. Tubuh badan yang sihat akan menjadikan hormon dalam tubuh lebih stabil dan dapat berfungsi pada tahap optimum. Faktor pemakanan dan berat badan adalah saling berkait. Begitu juga dengan tahap emosi anda. Pendek kata, anda mesti tahu mencari keseimbangan.

Secara umumnya, makanan yang baik untuk pembesaran payudara ialah yang banyak mengandungi phyto-estrogens yang akan membantu perkembangan hormon estrogen. Antara makanan yang bayak mengandungi sumber estrogen ialah seperti kacang soya.

Makanlah secara seimbang, teratur dan sihat. Utamakan kacang2 bijian dan tenusu. Selain itu, makanan yang mengandungi bromine seperti epal, pear dan anggur juga adalah bagus.

6. Pam payudara:

teknikpambesarkanpayudara

Pam payudara adalah satu lagi alternatif kepada wanita yang ingin membesarkan payudara. Ada pam yang menggunakan kuasa elektrik seperti gambar di atas. Ia berharga sekitar RM290.

Jika payudara anda bersaiz mantap pastinya anda akan merasa puas dari segi penampilan dan suami juga pastinya tak lekang memuji anda dan senantiasa senyum sahaja 😉

Blog seperti www.puppetsoflove.blogspot.com ada cerita lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s